Soalan Lazim
Sistem Permohonan Khidmat Penceramah & Pembaca Doa

1 Dimanakah saya boleh mendapatkan kata laluan?
Pengguna Kakitangan Kerajaan Negeri boleh menggunakan Kata Laluan Sistem eCuti manakala bagi Pengguna Bukan Kakitangan Kerajaan Negeri perlu mendaftar sebagai pengguna terlebih dahulu melalui pautan yang disediakan di laman utama.
 
2 Apa fungsi sistem ePenceramah Dan Pembaca Doa?
Untuk memudahkan pemohon mengemukakan permohonan penceramah atau pembaca doa tanpa perlu menulis surat rasmi kepada JHEAINS. Selain itu, sistem ini juga membenarkan permohonan imam solat dan bilal.
 
3 Siapakah yang boleh menggunakan sistem ini?
Sistem ini boleh digunakan oleh pemohon yang terdiri daripada sesiapa sahaja yang memerlukan khidmat penceramah, pembaca doa, imam solat dan bilal.
 
4 Apakah peraturan bacaan doa di majlis-majlis rasmi?
a. Majlis hendaklah tidak berunsur maksiat dan mungkar seperti mengadakan hidangan arak dan perjudian.
b.
Majlis hendaklah tidak bercampur-aduk dengan acara-acara yang tidak sesuai dengan konsep ibadat dalam do'a seperti menghias majlis dengan acara-acara nyanyian dan tarian serta pergaulan bebas lelaki dan perempuan, kecuali nyanyian yang berunsur dakwah dan penyanyi yang tidak mendedahkan aurat.
c. Majlis do'a hendaklah tidak dikaitkan dengan upacara-upacara keagamaan atau perayaan agama-agama lain seperti sempena menyambut Hari Krismas dan Tahun Baru Cina.
 
5 Siapakah Administrator JPKN sistem ePenceramah & Pembaca Doa?
  Hanidah Binti Abin (Hanidah.Abin@sabah.gov.my)


© 2021 Hak Cipta Terpelihara
Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri Sabah